ASMA UL HUSNA

AS-SOMAD
(Maha Diperlukan)

AS-SOMAD, tidak ada sesiapa atau sesuatu pun yang setanding denganNya. Yang Maha Diperlukan bila kita didalam kesukaran dan memerlukan bantuan. Segala makhluk wajiblah sentiasa meletakkan keyaknan dan harpan mereka kepada Allah SWT.


1. Menyelesaikan Perbalahan.

Ini berguna jika suami dan isteri sedang dalam perbalahan atau berlaku antara ayah dan ibu, abang dan adik tidak besefahaman atau pun antara kawan yang baik tidak berbaik.
Bacalah Ya Somad 1,000 kali dan hembus kepada gula untuk dimakan oleh mereka yang terlibat, insya Allah mereka akan berbaik semula dan perbalahan dapat diselesaikan.

2. Hajat Dimakbulkan.

Baca Ya Somad 313 kali dalam masa 3 hari dimana anda juga harus berpuasa, insya Allah hajat-hajat penting anda akan diperkenankan.

3. Mengembalikan Barang yang Hilang.

Jka dalam sedang amalan membaca Ya Somad anda kehilangan sesuatu, insya Allah ia akan dikembalikan kepada anda. Ini patut dibaca bila anda sedang merantau membawa wang aau sebagainya.

4. Mendapat Martabat Tinggi.

Allah SWT akan mengurniakan anda dengan martabat yang tinggi didunia dan khiat jika anda membaca Ya Somad 114 kali setiap solat Suboh.

5. Berlindung dari Kemiskinan.

Baca Ya Somad 40 kali sehari, insya Allah anda akan terhindar dari kemiskinan.


6. Rahsia ALLAH SWT.

Agar dikurniakan dengan rahsia Allah SWT, bacalah Ya Somad beberapa kali disekitar jam 3.00 pagi.

No posts.
No posts.